Tuesday, September 7, 2010

Geylang

Selamat datang, untuk blog peribadi ini, saya akan memberitahu tentang pengalaman saya di Geylang. Minggu lalu, saya sekeluarga pergi ke bazaar Geylang selepas berbuka pada pukul lapan malam. Di sana ada banyak barisan kedai jual berbagai jenis barang-barang seperti baju raya, permaidani, songkok, kuih-muih, kaing langsir dan lain-lain lagi. Bazaar itu sungguh bising kerana pemilik kedai sedang melaung-laungkan barang jualan mereka dan tempat itu dihiasi dengan lampu kelap-kelit yang berwarna-warni. Saya suka makan beger Ramli dan ayam kebab yang dijual di situ kerana sungguh enak. Keseluruhannya, saya rasa amat letih berjalan membeli belah di bazaar Geylang. Tetapi saya juga rasa berpuas hati kerana telah makan hinnga kenyang.

Bulan Ramadhan

Salam sejahatera, untuk blog peribadi ini saya akan memberitahu tentang pengalaman saya berpuasa selama bulan Ramadhan. Berpuasa pada tahun ini amat susah kerana saya belum berpuasa selama setahun dan terus saya tidak rasa biasa. Selepas beberapa hari, saya sudah biasa bangun awal untuk sahur dan berpuasa. Masalah yang paling besar saya telah kawakan adalah semasa latihan badminton kerana latihannya sungguh memenatkan. Tetapi saya bernasib baik kerana jurulatih badminton amat memahami masalah kita menghadapi semasa berpuasa dan dia mengizinkan kita berehat jikalau kita rasa letih. Pada pendapat saya, berpuasa bukan sahaja menahan diri dari kelaparan dan dahaga tetapi juga menolong mencucikan dosa-dosa kita dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

YOG Badminton

Selamat datang, untuk blog peribadi ini, saya akan memberitahu tentang pengalaman saya di peristiwa badminton YOG di Singapore Indoor Stadium. Saya rasa sangat gembira untuk mendapat kesempatan untuk menonton peristiwa badminton YOG kerana badminton adalah sukan kegemaran saya dan saya telah mengikuti perlawanan badminton di televisyen. Perjalanan ke Singapore Indoor Stadium amat panjang dan saya bercakap dengan kawan saya untuk hilangkan masa. Bila kita sampai ke sana, saya hampir tidak mempercayai matakku kerana barisan ke pintu masuknya sangat panjang. Apabila kami sampai ke pintu masuk, masa berbuka sudah datang dan kita pula berbuka. Tetapi, masalahnya adalah makanan yang dijual di situ kita tidak boleh pasti adalah halal kerana orang kaki tangannya berkata mereka tidak tahu kalau makananya halal ke tidak tetapi tidak ada khinzir dan lemak babi. Walaupun saya kelaparan, saya masih menyukai perlawananya terutama perlawanan antara Thailand dan Malaysia. Keduanya bermain dangan sama kedaratan tetapi malangnya, Thailand menang kerana pemain Malaysia telah tergeliat kakinya dan terpaksa mendenda. Saya berasa sungguk bersyukur kerana telah mendapat menonton dua peristiwa YOG secara langsung.

YOG Gymnastics

Selamat datang, untuk blog peribadi ini, saya akan memberitahu tentang pengalaman saya di peristiwa gimnastik YOG yang berlaku di dewan sukan Bishan. Perjalanan ke dewan sukan Bishan agak lama dan kita semua tidur atau mendengar muzik untuk menghiburkan diri. Bila kita sudah sampai ke sana, di luar sudah hujan renyai dan kita cepat-cepat memasuki dewan sukan itu. Saya rasa terperanjat apabila saya memasuki bilik gimnasik kerana saya tidak sangka ada begitu banyak penonton. Semasa saya sedang menonton peristiwa itu, saya berasa sungguh takjub pada dataran fleksibilitas mereka. Malangnya, saya tidak dapat menonton kesemua peristiwa itu kerana bas sekolah sudah datang tetapi, walau bagaimanapun, saya ada peristiwa yang sunnguh menarik dan saya berasa bersyukur kerana telah mendapat kesempatan untuk dapt menonton peribadi YOG secara langsung.

YOG

Salam sejahtera untuk blog ini saya akan memberitahu tentang fikiran saya kepada acara YOG. Pada pendapat saya, acaran YOG adalah bagus kerana akan dapat menolong kesemua dunia untuk bersatu hati.Ia juga boleh menolong memberikan rasa sikap sportif . Saya rasa sungguh gembira kepada acara ini kerana ini adalah pengalaman sekali di dalam seumur hidup kerana Singapura menjadi tuan rumah acara YOG dan sekolah saya telah memberikan saya kesempatan untuk melihat periswanya secara langsung.

Saya juga berasa gembira kerana saya dapat menonton semua peristiwanya di televisyen. Selalunya, semua acara seperti sukan SEA dan Olympik tidak menunjukkan kesemua peristiwanya di televisyen tetapi menunjukkan sukan-sukan yang popular.

Sunday, August 1, 2010

Peperiksaan akhir tahun

Selamat datang, untuk blog peribadi ini, saya akan berbincang tentang perasaan saya kepada peperiksaan akhir tahun. Saya berasa cuak kerana saya tidak bersedia dan saya belum berulang kaji untuk semua subjek saya. Subjek-subjek yang saya perlu berulangkaji lebih ialah bahasa Melayu, matematik dan geography kerana saya tidak dapat markah tinggi untuk subjek-subjek ini.

Subjek-subjek seperti bahasa inggeris, sejarah dan sains, saya tidak perlu bimbang kerana saya selalu dapat markah yang tinggi untuk subjek-subjek ini dan semuanya adalah subjek-subjek kegemaran saya.

Untuk memperbaiki subjek-subjek bahasa seperti bahasa Melayu, kita harus membaca surat khabar bersungguh-sungguh supaya kita boleh menambah daftar kata kita.

Tamat.

Perkahwinan Melayu

Assalamualaikum, untuk blog kiriman ini, saya akan memberitahu anda tentang perkahwinan orang Melayu.

Di dalam membuat persiapan majlis perkahwinan, orang Melayu zaman dahulu amat pentingkan adat resam budaya Melayu. Seluruh orang-orang kampung akan berkumpul di dewan raya untuk bergotong royong menjayakan majlis tersebut. Orang-orang lelaki dewasa akan sembilih binatang ternakan seperti lembu, kambing, ayam dan kerbau untuk dibuat lauk pauk. Belia lelaki pula, akan bersama-sama tolong mendirikan khemah, supaya para tetamu makan dengan selesa semasa majlis itu nanti.

Kaum wanita akan beramai-ramai menyediakan ramuan-ramuan untuk masakan. Lauk pauk majlis perkahwinan merupakan nasi biasa atau nasi minyak serta lauk daging rendang, ayam masak merah, ayam masak lemak dan kuih muih tradisi Melayu seperti kuih koci, talam, putri salat dan koleh-koleh. Makanan itu nanti dihidangkan untuk para tetamu. Belia akan mencuci pinggan mangkuk,sudu dan gelas supaya dapat digunakan oleh tetamu yang lain.

Bunga manggar menjadi perhiasan majlis dan bunga telur untuk dibagi pada para tetamu sebagai kenang-kenangan.

Sekarang, majlis perkahwinan selalunya menggunakan perancang perkahwinan untuk pastikan majlis berjalan lancar. Pakej disediakan sesuai dengan kemampuan seseorang. Selalunya majlis dibuat di bawah kolong blok, di tepi pantai, restoren atau hotel.

Keluarga dan jiran tidak lagi tolong beramai-ramai kerana semua persiapan dibuat oleh kakitangan perancang perkahwinan. Masakan majlis kebanyakkan dibuat secara buffet iaitu tetamu mengambil sendiri makanan yang terhidang. Pinggan, sudu garfu dan cawan semuanya dibuat dari plastik supaya senang dipakai buang. Lauk pula merupakan nasi briyani, kari ayam, daging kurma.

Bunga telur jarang digunakan sekarang. Sebagai pengganti mereka menggunakan sabun, kaca porselin, sejadah, cupcake dan sebagainya.