Tuesday, September 7, 2010

Geylang

Selamat datang, untuk blog peribadi ini, saya akan memberitahu tentang pengalaman saya di Geylang. Minggu lalu, saya sekeluarga pergi ke bazaar Geylang selepas berbuka pada pukul lapan malam. Di sana ada banyak barisan kedai jual berbagai jenis barang-barang seperti baju raya, permaidani, songkok, kuih-muih, kaing langsir dan lain-lain lagi. Bazaar itu sungguh bising kerana pemilik kedai sedang melaung-laungkan barang jualan mereka dan tempat itu dihiasi dengan lampu kelap-kelit yang berwarna-warni. Saya suka makan beger Ramli dan ayam kebab yang dijual di situ kerana sungguh enak. Keseluruhannya, saya rasa amat letih berjalan membeli belah di bazaar Geylang. Tetapi saya juga rasa berpuas hati kerana telah makan hinnga kenyang.

Bulan Ramadhan

Salam sejahatera, untuk blog peribadi ini saya akan memberitahu tentang pengalaman saya berpuasa selama bulan Ramadhan. Berpuasa pada tahun ini amat susah kerana saya belum berpuasa selama setahun dan terus saya tidak rasa biasa. Selepas beberapa hari, saya sudah biasa bangun awal untuk sahur dan berpuasa. Masalah yang paling besar saya telah kawakan adalah semasa latihan badminton kerana latihannya sungguh memenatkan. Tetapi saya bernasib baik kerana jurulatih badminton amat memahami masalah kita menghadapi semasa berpuasa dan dia mengizinkan kita berehat jikalau kita rasa letih. Pada pendapat saya, berpuasa bukan sahaja menahan diri dari kelaparan dan dahaga tetapi juga menolong mencucikan dosa-dosa kita dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

YOG Badminton

Selamat datang, untuk blog peribadi ini, saya akan memberitahu tentang pengalaman saya di peristiwa badminton YOG di Singapore Indoor Stadium. Saya rasa sangat gembira untuk mendapat kesempatan untuk menonton peristiwa badminton YOG kerana badminton adalah sukan kegemaran saya dan saya telah mengikuti perlawanan badminton di televisyen. Perjalanan ke Singapore Indoor Stadium amat panjang dan saya bercakap dengan kawan saya untuk hilangkan masa. Bila kita sampai ke sana, saya hampir tidak mempercayai matakku kerana barisan ke pintu masuknya sangat panjang. Apabila kami sampai ke pintu masuk, masa berbuka sudah datang dan kita pula berbuka. Tetapi, masalahnya adalah makanan yang dijual di situ kita tidak boleh pasti adalah halal kerana orang kaki tangannya berkata mereka tidak tahu kalau makananya halal ke tidak tetapi tidak ada khinzir dan lemak babi. Walaupun saya kelaparan, saya masih menyukai perlawananya terutama perlawanan antara Thailand dan Malaysia. Keduanya bermain dangan sama kedaratan tetapi malangnya, Thailand menang kerana pemain Malaysia telah tergeliat kakinya dan terpaksa mendenda. Saya berasa sungguk bersyukur kerana telah mendapat menonton dua peristiwa YOG secara langsung.

YOG Gymnastics

Selamat datang, untuk blog peribadi ini, saya akan memberitahu tentang pengalaman saya di peristiwa gimnastik YOG yang berlaku di dewan sukan Bishan. Perjalanan ke dewan sukan Bishan agak lama dan kita semua tidur atau mendengar muzik untuk menghiburkan diri. Bila kita sudah sampai ke sana, di luar sudah hujan renyai dan kita cepat-cepat memasuki dewan sukan itu. Saya rasa terperanjat apabila saya memasuki bilik gimnasik kerana saya tidak sangka ada begitu banyak penonton. Semasa saya sedang menonton peristiwa itu, saya berasa sungguh takjub pada dataran fleksibilitas mereka. Malangnya, saya tidak dapat menonton kesemua peristiwa itu kerana bas sekolah sudah datang tetapi, walau bagaimanapun, saya ada peristiwa yang sunnguh menarik dan saya berasa bersyukur kerana telah mendapat kesempatan untuk dapt menonton peribadi YOG secara langsung.

YOG

Salam sejahtera untuk blog ini saya akan memberitahu tentang fikiran saya kepada acara YOG. Pada pendapat saya, acaran YOG adalah bagus kerana akan dapat menolong kesemua dunia untuk bersatu hati.Ia juga boleh menolong memberikan rasa sikap sportif . Saya rasa sungguh gembira kepada acara ini kerana ini adalah pengalaman sekali di dalam seumur hidup kerana Singapura menjadi tuan rumah acara YOG dan sekolah saya telah memberikan saya kesempatan untuk melihat periswanya secara langsung.

Saya juga berasa gembira kerana saya dapat menonton semua peristiwanya di televisyen. Selalunya, semua acara seperti sukan SEA dan Olympik tidak menunjukkan kesemua peristiwanya di televisyen tetapi menunjukkan sukan-sukan yang popular.