Saturday, July 31, 2010

Tarian Melayu


Salam sejahtera, untuk blog kiriman ini, saya akan menulis tentang seni tarian Melayu. Ada berbagai jeni tarian Melayu antaranya ialah, tarian lilin, joget dan zapin.


Tarian lilin berasal dari Sumatera. Selalunya penari menggunakan lilin sebagai alat di dalam persembahan mereka. Lilin dinyalakan di dalam piring lalu diletak di tapak tangan sambil menari mengikut rentak. Kemahiran ini memerlukan latihan yang bersungguh-sungguh kerana kadang-kadang, piring ini bertukar dari tangan kiri ke tangan kanan dan lilin tidak terpadam.


Tarian Joget pula adalah sejenis tarian yang rancak. Ia dipengaruhi oleh budaya Portugis iaitu Branyo. Joget merupakan tarian sosial yang mudah diterima oleh berbagai-bagai masyarakat di Singapura dan Malaysia. Dengan alunan muzik rancak seperti Joget Serampang Laut, wanita dan lelaki, tua dan muda akan menari berpasangan beramai-ramai. Ia selalu ditarikan di majlis-majlis besar di dalam pesta keramaian. Joget juga terkenal sebagai Joget Lambak.


Tarian Zapin berasal dari negara Arab. Ia mementingkan gerakan berkumpulan mengikut rentak muzik dari gambus,rebana,gendang dan marakas. Tarian Zapin amat diminati dan popular di Johor. Ia dipersembahan di upacara-upacara sekular dan sambuatn hari hari kebesaran.

Dikir barat


Selamat datang, untuk blog kiriman ini, saya akan memberitahu anda tentang Dikir Barat Melayu.


Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ia dimainkan oleh orang-orang kampung ketika musim menuai padi dan di majlis perkahwinan.


Dikir Barat selalunya disampaikan secara berkumpulan dalam 10 hingga 15 orang. Biasanya ia diketuai oleh Tukang Karut dan Tok Juara. Tugas Tukang Karut dan Tok Juara adalah bernyanyi dengan berbalas-balas pantun. Rekaan pantun mereka selalunya spontan, lucu dan penuh dengan nasihat. Awok-awok merupakan sekumpulan suara latar dari kalangan belia yang duduk bersila. Mereka bernyanyi dengan suara yang kuat dan lantang sambil membuat tarian tangan. Pakaian mereka juga berwarna warni untuk mencantikkan lagi persembahan mereka.

Kuih-muih melayu

Salam sejahtera, untuk blog kiriman ini, saya ingin ketengahkan kuih-muih Melayu yang beranika rasa jenis dan warna.



Kuih Putri Salat amat mudah dibuat. Bahan utamanya ialah, beras pulut, santan kelapa dan tepung beras. Kuih ini ada dua lapisan. Lapisan bawah berupa pulut, dan lapisan atas lemak manis berwarna hijau. Ia sesuai dihidangkan di majilis perkahwinan, hari lahir, dan minum petang.



Epok-epok adalah kuih kegemaran di Singapura dan Malaysia. Di Malaysia kuih ini dinamakan karipap. Bahan utama adalah tepung gandum. Isinya boleh diubah berbagai cara dan rasa seperti, kari kentang, sardin, telur dan sayur-sayuran.



Pisang Goreng adalah juadah yang senang dibuat. Pisang kepuk, tanduk dan raja boleh digunakan untuk masakan ini. Pisang dicelup dengan tepung beras lalu digoreng. Di Malaysia, pisang goreng dimakan dengan mencecah kicap manis. Pisang goreng digemari oleh berbagai kaum di Singapura dan Malaysia.

Lauk-pauk melayu





Selamat datang, untuk blog kiriman ini, saya akan memberitahu anda tentang lauk-pauk melayu kegemaran saya.





Pertama adalah Ayam Masak Lemak, makanan yang saya paling gemari. Lauk ini boleh didapati di banyak gerai makanan di Singapura dan Malaysia. Cara membuatnya mudah dan cepat. Bahan-bahan utama adalah santan kelapa, serai dan kunyit.








Kedua adalah Ayam Penyet. Asal makanan ini ialah dari Surabaya, Indonesia. Makanan ini dapat dinikmati di gerai-gerai Singapura. Ayamnya diperak dengan berbagai jenis herba lalu digoreng sampai garing. Sebelum dihidang, dagingnya akan di ketuk dengan sebuah tukul kayu. Ayam Penyet sangat enak apabila dihidangkan dengan sambal buatan sendiri.





Ketiga adalah Nasi Lemak. Hidangan ini sangat terkenal di Sinagapura dan Malaysia. Untuk membuatnya, beras dimasak dengan santan kelapa dan daun pandan. Ini membuat nasinya lemak dan harum. Nasi Lemak selalunya dihidangkan bersama sambal, ikan bilis, kacang goreng dan telur. Nasi lemak bila dibungkus, menggunakan daun pisang akan menjadi harum dan enak apabila dimakan.

Thursday, July 29, 2010

Batik

Selamat datang, untuk kiriman blog saya ini, saya akan membincangkan tentang kain batik.

Batik adalah kain yang menggunakan teknik celupan menentang ragu-ragu . Asal usul batik adalah dari Java. Warna-warna tradisional batik adalah tarum, coklat putih yang menggambarkan tiga tuhan-tuhan Hindu, Brahma, Visnu dan Siva. Batik atau kain tenunan dengan corak tradisional batik, boleh dijumpai di dalam beberapa negara seperti Malaysia, Jepun, Cina, Azerbajian, India, Sri Lanka, Mesir, Nigeria, Senegal dan Singapura.





Seorang seniman terkenal di Singapura adalah, Encik Sarkasi Said dan sekarang dia memegang rekod dunia untuk lukisan batik yang terpanjang, 100m panjang, 0.7m lebar, lukisan orkid gaya Indonesia yang disiapkan pada tarikh 20 Mai 2003. Dia hanya tidur selama dua jam selama lima hari berturut-turut.

Sunday, July 25, 2010

Pantun melayu

Nampak sesuatu, tak bercaya
selalu gagal, orang kasihan
jika tak faham sila bertanya.
kalau tak dengar, tolong beri perhatian

Makan banyak memang senang,
tumpah air baju basah
kalau berlatih, mestilah menang
nak hilangkan berat punyalah susah.

Buaya ganas sangat perkasa
jaga-jaga sebelum disebat
kalau rasa diri berdosa
cepat bertaubat sebelum terlambat

Nak buaian berhayun-hayun
lama-lama pening kepala
fikir dulu sebelum bertejun
hidup ini sangat berharga

Hari Sukan

Jumaat lalu, sekolah saya mengadakan Hari Sukan. Saya berasa sungguh gembira dan cuak kerana saya dipilih untuk melari acara pelumbaan 400m dan saya baru tahu tarikh Hari Sukan minggu lalu dan saya tidak ada cukup masa untuk berlatih. Bila kiliran saya tiba untuk berlari, saya berasa sangat cuak tetapi, saya tidak perduli jikalau saya menang atau kalah, kerana saya akan memberusaha sedaya upaya dalam pelumbaan ini. Ternyata, saya gagal memenagi pelumbaan 400m, saya mendapat kedudukan kelima tetapi, saya tidak berasa sedih kerana saya sudah memberikan berusaha sedaya upaya. Secara keseluruhan, saya berasa gembira kerana walaupun saya telah kalah, kumpulan saya kilimanjaro mendapat kedudukan ketiga.