Sunday, August 1, 2010

Perkahwinan Melayu

Assalamualaikum, untuk blog kiriman ini, saya akan memberitahu anda tentang perkahwinan orang Melayu.

Di dalam membuat persiapan majlis perkahwinan, orang Melayu zaman dahulu amat pentingkan adat resam budaya Melayu. Seluruh orang-orang kampung akan berkumpul di dewan raya untuk bergotong royong menjayakan majlis tersebut. Orang-orang lelaki dewasa akan sembilih binatang ternakan seperti lembu, kambing, ayam dan kerbau untuk dibuat lauk pauk. Belia lelaki pula, akan bersama-sama tolong mendirikan khemah, supaya para tetamu makan dengan selesa semasa majlis itu nanti.

Kaum wanita akan beramai-ramai menyediakan ramuan-ramuan untuk masakan. Lauk pauk majlis perkahwinan merupakan nasi biasa atau nasi minyak serta lauk daging rendang, ayam masak merah, ayam masak lemak dan kuih muih tradisi Melayu seperti kuih koci, talam, putri salat dan koleh-koleh. Makanan itu nanti dihidangkan untuk para tetamu. Belia akan mencuci pinggan mangkuk,sudu dan gelas supaya dapat digunakan oleh tetamu yang lain.

Bunga manggar menjadi perhiasan majlis dan bunga telur untuk dibagi pada para tetamu sebagai kenang-kenangan.

Sekarang, majlis perkahwinan selalunya menggunakan perancang perkahwinan untuk pastikan majlis berjalan lancar. Pakej disediakan sesuai dengan kemampuan seseorang. Selalunya majlis dibuat di bawah kolong blok, di tepi pantai, restoren atau hotel.

Keluarga dan jiran tidak lagi tolong beramai-ramai kerana semua persiapan dibuat oleh kakitangan perancang perkahwinan. Masakan majlis kebanyakkan dibuat secara buffet iaitu tetamu mengambil sendiri makanan yang terhidang. Pinggan, sudu garfu dan cawan semuanya dibuat dari plastik supaya senang dipakai buang. Lauk pula merupakan nasi briyani, kari ayam, daging kurma.

Bunga telur jarang digunakan sekarang. Sebagai pengganti mereka menggunakan sabun, kaca porselin, sejadah, cupcake dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment