Saturday, July 31, 2010

Tarian Melayu


Salam sejahtera, untuk blog kiriman ini, saya akan menulis tentang seni tarian Melayu. Ada berbagai jeni tarian Melayu antaranya ialah, tarian lilin, joget dan zapin.


Tarian lilin berasal dari Sumatera. Selalunya penari menggunakan lilin sebagai alat di dalam persembahan mereka. Lilin dinyalakan di dalam piring lalu diletak di tapak tangan sambil menari mengikut rentak. Kemahiran ini memerlukan latihan yang bersungguh-sungguh kerana kadang-kadang, piring ini bertukar dari tangan kiri ke tangan kanan dan lilin tidak terpadam.


Tarian Joget pula adalah sejenis tarian yang rancak. Ia dipengaruhi oleh budaya Portugis iaitu Branyo. Joget merupakan tarian sosial yang mudah diterima oleh berbagai-bagai masyarakat di Singapura dan Malaysia. Dengan alunan muzik rancak seperti Joget Serampang Laut, wanita dan lelaki, tua dan muda akan menari berpasangan beramai-ramai. Ia selalu ditarikan di majlis-majlis besar di dalam pesta keramaian. Joget juga terkenal sebagai Joget Lambak.


Tarian Zapin berasal dari negara Arab. Ia mementingkan gerakan berkumpulan mengikut rentak muzik dari gambus,rebana,gendang dan marakas. Tarian Zapin amat diminati dan popular di Johor. Ia dipersembahan di upacara-upacara sekular dan sambuatn hari hari kebesaran.

No comments:

Post a Comment