Saturday, July 31, 2010

Tarian Melayu


Salam sejahtera, untuk blog kiriman ini, saya akan menulis tentang seni tarian Melayu. Ada berbagai jeni tarian Melayu antaranya ialah, tarian lilin, joget dan zapin.


Tarian lilin berasal dari Sumatera. Selalunya penari menggunakan lilin sebagai alat di dalam persembahan mereka. Lilin dinyalakan di dalam piring lalu diletak di tapak tangan sambil menari mengikut rentak. Kemahiran ini memerlukan latihan yang bersungguh-sungguh kerana kadang-kadang, piring ini bertukar dari tangan kiri ke tangan kanan dan lilin tidak terpadam.


Tarian Joget pula adalah sejenis tarian yang rancak. Ia dipengaruhi oleh budaya Portugis iaitu Branyo. Joget merupakan tarian sosial yang mudah diterima oleh berbagai-bagai masyarakat di Singapura dan Malaysia. Dengan alunan muzik rancak seperti Joget Serampang Laut, wanita dan lelaki, tua dan muda akan menari berpasangan beramai-ramai. Ia selalu ditarikan di majlis-majlis besar di dalam pesta keramaian. Joget juga terkenal sebagai Joget Lambak.


Tarian Zapin berasal dari negara Arab. Ia mementingkan gerakan berkumpulan mengikut rentak muzik dari gambus,rebana,gendang dan marakas. Tarian Zapin amat diminati dan popular di Johor. Ia dipersembahan di upacara-upacara sekular dan sambuatn hari hari kebesaran.

Dikir barat


Selamat datang, untuk blog kiriman ini, saya akan memberitahu anda tentang Dikir Barat Melayu.


Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ia dimainkan oleh orang-orang kampung ketika musim menuai padi dan di majlis perkahwinan.


Dikir Barat selalunya disampaikan secara berkumpulan dalam 10 hingga 15 orang. Biasanya ia diketuai oleh Tukang Karut dan Tok Juara. Tugas Tukang Karut dan Tok Juara adalah bernyanyi dengan berbalas-balas pantun. Rekaan pantun mereka selalunya spontan, lucu dan penuh dengan nasihat. Awok-awok merupakan sekumpulan suara latar dari kalangan belia yang duduk bersila. Mereka bernyanyi dengan suara yang kuat dan lantang sambil membuat tarian tangan. Pakaian mereka juga berwarna warni untuk mencantikkan lagi persembahan mereka.

Kuih-muih melayu

Salam sejahtera, untuk blog kiriman ini, saya ingin ketengahkan kuih-muih Melayu yang beranika rasa jenis dan warna.



Kuih Putri Salat amat mudah dibuat. Bahan utamanya ialah, beras pulut, santan kelapa dan tepung beras. Kuih ini ada dua lapisan. Lapisan bawah berupa pulut, dan lapisan atas lemak manis berwarna hijau. Ia sesuai dihidangkan di majilis perkahwinan, hari lahir, dan minum petang.



Epok-epok adalah kuih kegemaran di Singapura dan Malaysia. Di Malaysia kuih ini dinamakan karipap. Bahan utama adalah tepung gandum. Isinya boleh diubah berbagai cara dan rasa seperti, kari kentang, sardin, telur dan sayur-sayuran.



Pisang Goreng adalah juadah yang senang dibuat. Pisang kepuk, tanduk dan raja boleh digunakan untuk masakan ini. Pisang dicelup dengan tepung beras lalu digoreng. Di Malaysia, pisang goreng dimakan dengan mencecah kicap manis. Pisang goreng digemari oleh berbagai kaum di Singapura dan Malaysia.

Lauk-pauk melayu





Selamat datang, untuk blog kiriman ini, saya akan memberitahu anda tentang lauk-pauk melayu kegemaran saya.





Pertama adalah Ayam Masak Lemak, makanan yang saya paling gemari. Lauk ini boleh didapati di banyak gerai makanan di Singapura dan Malaysia. Cara membuatnya mudah dan cepat. Bahan-bahan utama adalah santan kelapa, serai dan kunyit.








Kedua adalah Ayam Penyet. Asal makanan ini ialah dari Surabaya, Indonesia. Makanan ini dapat dinikmati di gerai-gerai Singapura. Ayamnya diperak dengan berbagai jenis herba lalu digoreng sampai garing. Sebelum dihidang, dagingnya akan di ketuk dengan sebuah tukul kayu. Ayam Penyet sangat enak apabila dihidangkan dengan sambal buatan sendiri.





Ketiga adalah Nasi Lemak. Hidangan ini sangat terkenal di Sinagapura dan Malaysia. Untuk membuatnya, beras dimasak dengan santan kelapa dan daun pandan. Ini membuat nasinya lemak dan harum. Nasi Lemak selalunya dihidangkan bersama sambal, ikan bilis, kacang goreng dan telur. Nasi lemak bila dibungkus, menggunakan daun pisang akan menjadi harum dan enak apabila dimakan.

Thursday, July 29, 2010

Batik

Selamat datang, untuk kiriman blog saya ini, saya akan membincangkan tentang kain batik.

Batik adalah kain yang menggunakan teknik celupan menentang ragu-ragu . Asal usul batik adalah dari Java. Warna-warna tradisional batik adalah tarum, coklat putih yang menggambarkan tiga tuhan-tuhan Hindu, Brahma, Visnu dan Siva. Batik atau kain tenunan dengan corak tradisional batik, boleh dijumpai di dalam beberapa negara seperti Malaysia, Jepun, Cina, Azerbajian, India, Sri Lanka, Mesir, Nigeria, Senegal dan Singapura.





Seorang seniman terkenal di Singapura adalah, Encik Sarkasi Said dan sekarang dia memegang rekod dunia untuk lukisan batik yang terpanjang, 100m panjang, 0.7m lebar, lukisan orkid gaya Indonesia yang disiapkan pada tarikh 20 Mai 2003. Dia hanya tidur selama dua jam selama lima hari berturut-turut.

Sunday, July 25, 2010

Pantun melayu

Nampak sesuatu, tak bercaya
selalu gagal, orang kasihan
jika tak faham sila bertanya.
kalau tak dengar, tolong beri perhatian

Makan banyak memang senang,
tumpah air baju basah
kalau berlatih, mestilah menang
nak hilangkan berat punyalah susah.

Buaya ganas sangat perkasa
jaga-jaga sebelum disebat
kalau rasa diri berdosa
cepat bertaubat sebelum terlambat

Nak buaian berhayun-hayun
lama-lama pening kepala
fikir dulu sebelum bertejun
hidup ini sangat berharga

Hari Sukan

Jumaat lalu, sekolah saya mengadakan Hari Sukan. Saya berasa sungguh gembira dan cuak kerana saya dipilih untuk melari acara pelumbaan 400m dan saya baru tahu tarikh Hari Sukan minggu lalu dan saya tidak ada cukup masa untuk berlatih. Bila kiliran saya tiba untuk berlari, saya berasa sangat cuak tetapi, saya tidak perduli jikalau saya menang atau kalah, kerana saya akan memberusaha sedaya upaya dalam pelumbaan ini. Ternyata, saya gagal memenagi pelumbaan 400m, saya mendapat kedudukan kelima tetapi, saya tidak berasa sedih kerana saya sudah memberikan berusaha sedaya upaya. Secara keseluruhan, saya berasa gembira kerana walaupun saya telah kalah, kumpulan saya kilimanjaro mendapat kedudukan ketiga.

Bahasa Jawa dan tulisan Jawi

Bahasa Jawa adalah bahasa orang-orang di bahagian tengah dan timur pulau Jawa, di Indonesia. Bahasa ini dipakai oleh 75,500,000 orang. Kebanyakkan orang Jawa menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi dan untuk berhubung dengan bukan orang Jawa Indonesia.

Selain Indonesia, bahasa Jawa digunakkan di Timor Timur, Singapura, Malaysia, Australia serta Hong Kong. Ini disebabkan ramai orang Jawa berlayar atau mengembara untuk berniaga.

Tulisan Jawi adalah satu seni tulis yang berasal dari negara Arab. Peniaga Arab yang merantau ke Nusantara ini turut mengembangkan agama mereka iaitu Islam. Untuk membaca Al Quran, orang orang Melayu Nusantara diajar menulis dan mengenal huruf huruf Al Quran.

Pada zaman Kerajaan Islam Pasai, penulisan Melayu dibentuk sebagai tulisan Jawi dengan menggunakan huruf huruf Arab.Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi pada masa itu dan tersebar luas ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor serta Aceh pada abad ke 17.

Tulisan Jawi merupakan tulisan terpenting pada masyarakat ketika itu. Ia digunakan dalam semua pentadbiran,adat istiadat dan perdagangan. Seperti dalam perjanjian perjanjian penting antara pihak pihak Raja Melayu dengan pihak pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

Pada tahun 1960an tulisan Jawi jarang digunakan kerana diganti dengan huruf huruf Rumi atau Latin. Tulisan Jawi masih dikekalkan penggunaannya di Brunei, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Festival Taman Singapura

Minggu lalu, keluarga saya pergi ke Festival Taman Singapura di Suntec City. Saya kurang minat untuk pergi ke sana tetapi terpaksa kerana jikalau saya tidak mengikut, saya akan berseorangan dan kelaparan di rumah sehingga lewat malam. Apabila kita sampai ke sana, saya terperanjat kerana melihat berbagai jenis tumbuh-tumbuhan di dalam dewan pameran Suntec City. Walaupun saya tidak menghargai kecantikan tumbuhan-tumbuhan ini, saya beraasa sedikit kagum dengan cara-cara mereka mempersembahkannya. Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan tetapi saya tidak boleh menghargai kecantikkan tumbuhan-tumbuhan walaupunbagaimanapun saya mencuba, saya tidak boleh menjumpa apa-apa menarik tentang tumbuhan-tumbuhan. Tetapi saya memahami kepentingan tumbuhan-tumbuhan kerana ia memberi kita udara dan kehidupan.

Baju tradisional Melayu



Baju Teluk Belanga adalah sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga dari Sinagapura ke Johor Bahru. Baju Teluk Belanga tidak ada kolar dan talilehernya dijahit dalam gaya tulang belut. Bajunya juga ada gelung di hujung talileher untuk memasukan kacing.







Baju Kebaya ada baju kemeja tradisional dipakai oleh wanita di Indonesia, Malaysia, Brunei, Burma, Keselatan Thailand, Singapura dan bahagian-bahagian Cambodia. Selalunya, Baju Kebaya dipakai dengan sarong atau batik kain panjang. Baju Kebaya dipercayai berasal daripada negara Arab dan membawa ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah penyuaisaan budaya yang berlangsung ratusan tahun, pakain itu diterima oleh penduduk setempat.







Baju Kurung ialah pakaian longgar yang panjang, terdiri dari baju dan kain. Kainnya labuh dengan beberapa lipatan di bahagian tepi kiri atau kanan. Bajunya tidak berkolar, berlengan panjang dan labuh hingga ke paras lutut. Sering ia diperbuat dari kain sutera Jepun, Korea, Turkey, India, Siam, ataupun dari Malaysia, khususnya dari Terengganu dan Kelantan. Baju kurung moden lazinnya memperlihatkan warna-warna ceria dan corak geometrik. Seorang wanita Muslim biasannya memakai baju kurung dengan bertudung kepala.






Baju kurung asli lebih labuh dan longgar, tidak menanpakkan bentuk bentuk tubuh wanita Melayu. Ia dipopularkan pada lewat kurun ke sembilan belas oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Ia semakin popular pada waktu kini di Singapura, Malaysia dan Brunei bermula pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan mengekori lebih kesedaran agama pada waktu itu.

Saturday, July 24, 2010


Di dalam permainan tradisional melayu, ada berbagai jenis sebagai , sepak takhraw dan gasing.




Wau bulan adalah lakaran kompleks layang-layang bulan yang diterbang oleh lelaki di Kelantan. Ia adalah kesatu tanda negara Malaysia dan di belakang lima puluh sen Malaysia menunjuk gambar wau. Wau bulan mendapat namanya dari bentuk bulan sabit di bahagian kebawahannya. Ukuran Wau bulan adalah terbesar dari kesemua layang-layang tradisional Malaysia.





Sepak takraw adalah sukan peranakan di Asia Tenggara. Sepak Takraw adalah seperti bola tampar tetapi sepak takraw menggunakan bola rattan dan pemain hanya boleh menngunakan kaki, lutut, dada dan kepala untuk bersentuh bola. Sepak Takraw adalah popukar di Malaysia, Thailand, Singapura, Myanmar, Vietnam, Vietnam, Cambodia, Phillippines dan Indonesia.Objektif sukan ini adalah untuk mendapat sebuah mata, penentang mereka harus tidak membawa kembali bola itu. Untuk memenagi, satu kumpulan harus memenang dua set dan satu set memandungi dua puluh satu mata.


Gasing adalah permainan tradisional popular dengan orang melayu dalam zaman dahulu. Di kawasan desa, adaun gasing diadakan semasa waktu menuai padi. Orang-orang kampung bercaya gasing akan menolong memberi tuai yang bagus. Bermain gasing memerlukan kemahiran agar gasing dapat berpusing paling lama untuk bermenang.







Silat


Silat adalah pencak dari Kepulauan Melayu, dan Semenanjong Tanah Melayu. Silat dibuat dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura. silat boleh bahagi dalam pencak silat dari indonesia dan silat melayu dari Semenanjong Tanah Melayu. Silat ada berbagai jenis tetapi mereka lebih tertumpu dalam pukulan, senjata tajam, hentaman, taknik serangan haiwan atau beberapa teknik kombinasi. Seni mempertahankan diri di Kepulauan Melayu dan Semenanjong Tanah Melayu dinaikkan daripada cara-cara berburu dan latihan ketenteraan dari kawasan orang asli.


Berbagai jenis silat pencak adalah pentjak silat,bangau putih,climande, harimurti, inti ombak dan silek harimau. Berbagai jenis silat melayu adalah gayong sri rama, lian padukan, silat angin, silat cekak silat embo dan silat lincah.

Sunday, July 18, 2010

Bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri

Bulan puasa adalah di dalam bulan Ramadhan apabila semua orang Islam yang sihat, telah baligh dan tiada halangan mesti berpuasa dari terbit matahari hingga ia terbenam. Puasa meliputi menahan diri daripada makan, minum, merokok, melakukan seks, bertutur dan kelakuan yang tidak sepatutnya. Ini adalah cara melatih diri untuk mensucikan rohani dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Orang Islam percaya di dalam bulan Ramadhan, Allah memberi banyak keistimewaan kepada umat manusia. Antaranya, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pahala melakukan kebaikan dilipatgandakan dan doa diperkenankan. Solat terawih menjadi sunah Rasul dan dilakukan setiap malam di merata masjid atau di kawasan lapang secara berjemaah. Majilis berbuka puasa atau iftar sering diadakan. Ini semua dapat merapatkan hubungan silaturahim. Solat Tahajud juga digalakkan.

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Shawal menandakan berakhirnya bulan Ramadhan. Bermula dengan takbir Hari Raya pada malam hari selepas Maghrib. Sesetengah masyarakat mengadakan majilis bertakbir dan jamuan beramai-ramai pada malam itu sambil bermaaf-maafan antara satu sama lain. Pada pagi 1 Syawal, umat Islam berjemaah solat Aidilfitri di masjid-masjid dan kawasan lapang di mana mereka mendengar khutbah Hari Raya. Pada hari ini, meraka memakai pakaian tradisional seperti songkok, berkain samping, baju kurung, kebaya, dan mengunjungi sanak sedara dan sahabat handai sambil menikmati hidangan dan juadah istimewa Hari Raya. Begitulah kemeriahan suasana Hari Raya di Asia Tenggara.

Monday, July 5, 2010

Blog Bahasa Melayu saya

Salam sejahtera, nama saya Abdul Hadi Bin Hussein, seorang pelajar menengah dua dari Sekolah Menengah Northbrooks. Saya menulis blog ini dalam bahasa Melayu untuk memperbaiki bahasa Melayu saya kerana keputusan peperiksaan Bahasa Melayu saya tidak memuaskan.

Salah satu langkah yang telah diberikan oleh cikgu untuk tujuan diatas ialah dengan menyertai peraduan 'Blogging 2010'. Ini merupakan satu projek penulisan dua puluh blog dalam bahasa Melayu yang perlu disiapkan dalam masa sepuluh minggu. Sepuluh blog telah ditetapkan tajuk-tajuknya dan sepuluh lagi merupakan tajuk-tajuk bebas.

Dengan menyiapkan blog dan projek ini yang diberi oleh cikgu, saya sangat berharap markah peperiksaan Bahasa Melayu saya akan dapat dipertingkatkan lagi dan 'Insya Allah', saya akan dapat markah yang cemerlang.