Sunday, July 25, 2010

Festival Taman Singapura

Minggu lalu, keluarga saya pergi ke Festival Taman Singapura di Suntec City. Saya kurang minat untuk pergi ke sana tetapi terpaksa kerana jikalau saya tidak mengikut, saya akan berseorangan dan kelaparan di rumah sehingga lewat malam. Apabila kita sampai ke sana, saya terperanjat kerana melihat berbagai jenis tumbuh-tumbuhan di dalam dewan pameran Suntec City. Walaupun saya tidak menghargai kecantikan tumbuhan-tumbuhan ini, saya beraasa sedikit kagum dengan cara-cara mereka mempersembahkannya. Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan tetapi saya tidak boleh menghargai kecantikkan tumbuhan-tumbuhan walaupunbagaimanapun saya mencuba, saya tidak boleh menjumpa apa-apa menarik tentang tumbuhan-tumbuhan. Tetapi saya memahami kepentingan tumbuhan-tumbuhan kerana ia memberi kita udara dan kehidupan.

No comments:

Post a Comment