Sunday, July 25, 2010

Bahasa Jawa dan tulisan Jawi

Bahasa Jawa adalah bahasa orang-orang di bahagian tengah dan timur pulau Jawa, di Indonesia. Bahasa ini dipakai oleh 75,500,000 orang. Kebanyakkan orang Jawa menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi dan untuk berhubung dengan bukan orang Jawa Indonesia.

Selain Indonesia, bahasa Jawa digunakkan di Timor Timur, Singapura, Malaysia, Australia serta Hong Kong. Ini disebabkan ramai orang Jawa berlayar atau mengembara untuk berniaga.

Tulisan Jawi adalah satu seni tulis yang berasal dari negara Arab. Peniaga Arab yang merantau ke Nusantara ini turut mengembangkan agama mereka iaitu Islam. Untuk membaca Al Quran, orang orang Melayu Nusantara diajar menulis dan mengenal huruf huruf Al Quran.

Pada zaman Kerajaan Islam Pasai, penulisan Melayu dibentuk sebagai tulisan Jawi dengan menggunakan huruf huruf Arab.Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi pada masa itu dan tersebar luas ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor serta Aceh pada abad ke 17.

Tulisan Jawi merupakan tulisan terpenting pada masyarakat ketika itu. Ia digunakan dalam semua pentadbiran,adat istiadat dan perdagangan. Seperti dalam perjanjian perjanjian penting antara pihak pihak Raja Melayu dengan pihak pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

Pada tahun 1960an tulisan Jawi jarang digunakan kerana diganti dengan huruf huruf Rumi atau Latin. Tulisan Jawi masih dikekalkan penggunaannya di Brunei, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment