Monday, July 5, 2010

Blog Bahasa Melayu saya

Salam sejahtera, nama saya Abdul Hadi Bin Hussein, seorang pelajar menengah dua dari Sekolah Menengah Northbrooks. Saya menulis blog ini dalam bahasa Melayu untuk memperbaiki bahasa Melayu saya kerana keputusan peperiksaan Bahasa Melayu saya tidak memuaskan.

Salah satu langkah yang telah diberikan oleh cikgu untuk tujuan diatas ialah dengan menyertai peraduan 'Blogging 2010'. Ini merupakan satu projek penulisan dua puluh blog dalam bahasa Melayu yang perlu disiapkan dalam masa sepuluh minggu. Sepuluh blog telah ditetapkan tajuk-tajuknya dan sepuluh lagi merupakan tajuk-tajuk bebas.

Dengan menyiapkan blog dan projek ini yang diberi oleh cikgu, saya sangat berharap markah peperiksaan Bahasa Melayu saya akan dapat dipertingkatkan lagi dan 'Insya Allah', saya akan dapat markah yang cemerlang.

1 comment: