Saturday, July 31, 2010

Kuih-muih melayu

Salam sejahtera, untuk blog kiriman ini, saya ingin ketengahkan kuih-muih Melayu yang beranika rasa jenis dan warna.



Kuih Putri Salat amat mudah dibuat. Bahan utamanya ialah, beras pulut, santan kelapa dan tepung beras. Kuih ini ada dua lapisan. Lapisan bawah berupa pulut, dan lapisan atas lemak manis berwarna hijau. Ia sesuai dihidangkan di majilis perkahwinan, hari lahir, dan minum petang.



Epok-epok adalah kuih kegemaran di Singapura dan Malaysia. Di Malaysia kuih ini dinamakan karipap. Bahan utama adalah tepung gandum. Isinya boleh diubah berbagai cara dan rasa seperti, kari kentang, sardin, telur dan sayur-sayuran.



Pisang Goreng adalah juadah yang senang dibuat. Pisang kepuk, tanduk dan raja boleh digunakan untuk masakan ini. Pisang dicelup dengan tepung beras lalu digoreng. Di Malaysia, pisang goreng dimakan dengan mencecah kicap manis. Pisang goreng digemari oleh berbagai kaum di Singapura dan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment