Tuesday, September 7, 2010

YOG Badminton

Selamat datang, untuk blog peribadi ini, saya akan memberitahu tentang pengalaman saya di peristiwa badminton YOG di Singapore Indoor Stadium. Saya rasa sangat gembira untuk mendapat kesempatan untuk menonton peristiwa badminton YOG kerana badminton adalah sukan kegemaran saya dan saya telah mengikuti perlawanan badminton di televisyen. Perjalanan ke Singapore Indoor Stadium amat panjang dan saya bercakap dengan kawan saya untuk hilangkan masa. Bila kita sampai ke sana, saya hampir tidak mempercayai matakku kerana barisan ke pintu masuknya sangat panjang. Apabila kami sampai ke pintu masuk, masa berbuka sudah datang dan kita pula berbuka. Tetapi, masalahnya adalah makanan yang dijual di situ kita tidak boleh pasti adalah halal kerana orang kaki tangannya berkata mereka tidak tahu kalau makananya halal ke tidak tetapi tidak ada khinzir dan lemak babi. Walaupun saya kelaparan, saya masih menyukai perlawananya terutama perlawanan antara Thailand dan Malaysia. Keduanya bermain dangan sama kedaratan tetapi malangnya, Thailand menang kerana pemain Malaysia telah tergeliat kakinya dan terpaksa mendenda. Saya berasa sungguk bersyukur kerana telah mendapat menonton dua peristiwa YOG secara langsung.

No comments:

Post a Comment